Bil Elektrik Naik, TNB Kejam? Ini Kata Netizen

- Advertisement -

 

Pada 22/4/2020, Berita Harian melaporkan bahawa TNB akan memberikan diskaun ke atas bil elektrik yang dikeluarkan sepanjang tempoh PKP sebagai sebahagian daripada inisiatif membantu rakyat di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Diskaun ini akan diberikan ke atas bil elektrik yang dikira secara prorata memandangkan sepanjang tempoh PKP, pembaca meter tak datang ziarah ke rumah macam biasa dibuat pada setiap bulan.

Namun pada beberapa hari lepas, media sosial agak kecoh apabila ada seorang brader memuat naik gambar bil elektrik terkininya yang mencecah RM900.

Menurutnya, kiraan bil tersebut sangat tak munasabah kerana jika diikutkan kiraan bil tersebut secara prorata, ini bermakna penggunaan elektriknya sebulan semasa tempoh PKP ni adalah lebih RM300 sedangkan bil elektriknya sebelum PKP adalah pada kadar RM100 lebih saja.

Aku pun tak baca secara terperinci hantaran yang dibuatnya tu. Sekadar baca sekali imbas saja. Dan aku pun takdelah tergopoh-gopoh nak kongsikan hantaran dia tu. Aku tunggu kalau ada sesiapa nak buat penjelasan pasal kiraan bil dia tu.

Aku cuba juga nak buat perbandingan bil elektrik terakhir rumah aku sebelum PKP dan bil semasa PKP. Malangnya lebih kurang saja kiraannya sebab takde beza sangat pun penggunaan barangan elektrik di rumah ni. Kalaupun naik, hanya disebabkan Anas yang berulang-alik ke dapur buka tutup pintu peti sejuk mengharapkan setiap kali dia buka pintu peti sejuk tu, ada aiskrim baru yang akan muncul secara ajaib.

Awalnya aku jangka bil elektrik rumah aku akan naik paling tidak sekali ganda masa PKP ni tapi bila aku semak di laman web myTNB, lebih kurang saja walhal penggunaan elektrik lagi tinggi. Penghawa dingin saja dipasang lebih 12 jam sehari.

Jadi aku syak ramai tak sedap kadar penggunaan elektrik semasa PKP ni meningkat disebabkan semua ahli keluarga berada di rumah 24 jam sehari.

Selama ni tiada orang di rumah pada waktu siang kerana pergi bekerja ataupun bersekolah. Namun waktu PKP ni semua ahli rumah ada dan semua lubang soket ada kabel alat elektrik. Dari sekecil-kecil jam pintar, telefon, tablet, laptop, dron hinggalah ke sebesar-besar peti sejuk dan tv.

Selain tu, jangan lupa pada masa awal PKP hari tu geng mak-mak semua masak tak berhenti dari bangun tidur sampailah tidur balik. Buat kek, kuih dan roti itu ini. Ketuhar tu dah tentu guna banyak elektrik. Periuk Noxxa pun sama. Dua-dua ni ada elemen pemanasan yang menggunakan kadar elektrik yang tinggi.

Aku masak nasi setiap hari guna periuk Noxxa. Setiap kali lepas masak, aku cabut kepala plag dari soket. Bil elektrik pada tengah tahun lepas terus turun dari RM90 ke RM60. Malangnya hujung tahun lepas, aku pasang mesin penapis air yang berfungsi 24 jam sehari. Terus bil elektrik aku naik balik tak turun-turun.

Penghawa dingin dah tentu berfungsi paling tidak 12 jam sehari. Peti sejuk dibuka tutup berulang-kali oleh anak-anak yang sentiasa laparkan makanan. Ini semua punca bil elektrik naik. Itu belum dikira kipas dan tv yang dipasang jauh lebih lama daripada kebiasaan.

Selain jumlah penghuni sesebuah rumah, saiz rumah pun main peranan juga. Penggunaan elektrik rumah Mesra Rakyat dah tentu berbeza dengan banglo lapan tingkat.

Jadi logiklah kalau selama ni bil elektrik setakat RM100, sepanjang PKP dia boleh naik sekali ganda.

Dan mungkin juga ada yang tak faham konsep kiraan secara prorata ni.

Disebabkan brader pembaca meter tak ziarah ke rumah sepanjang tempoh PKP ni, jadi bil bulanan dikira berdasarkan anggaran penggunaan bil terakhir sebelum PKP. TNB akan bagi diskaun secara prorata dengan mengira penggunaan elektrik mulai 1/4/2020.

Kalau TNB buat anggaran kurang daripada bil sebenar, kitalah untung sebab dapat diskaun lebih tinggi. Dan kalau anggaran yang dibuat adalah lebih tinggi daripada bil sebenar, kiraan yang terlebih tu akan ditolak dari bil bulan Mei sebaik bil bercetak dikeluarkan.

Bagaimanapun, bil akan diselaraskan semula selepas bacaan sebenar dibuat selepas PKP tamat.

Aku pun tak faham sangat cara kira penggunaan elektrik apa lagi nak terangkan; tapi aku yakin benda ni kita sendiri boleh semak dan kira dengan merujuk kepada bil yang dikeluarkan.

Kalau lebih rajin lagi, bolehlah semak semula bil sejak Januari hinggalah yang terkini dan tengok corak penggunaan elektrik di rumah masing-masing dan juga nilai bil pada tempoh sebelum dan semasa PKP ni. Entah-entah kau dapat banyak diskaun disebabkan kiraan secara prorata tapi kau tak sedar.

Pada aku yang penting sekalipun tak dapat bil bercetak, bayar sajalah macam biasa. Benda boleh semak online kenapa nak tunggu brader pembaca bil datang? Dah tentu masa tu bil dah naik berkali ganda. Bil elektrik rumah ayah aku pun aku tolong semak dan bayarkan lepas tu tuntut semula dari ayah aku. Heh.

Dan kalau kau tak mampu nak bayar nilai bil terkumpul tu, janganlah mengamuk tak tentu hala. Bawa bertenang. TNB ada tawarkan Pelan Bayaran Mudah kepada semua pengguna domestik yang diberikan secara automatik.

TNB takdelah kejam sangat.

#semaksebelumsebar
#StayAtHome

Oleh: Amrul Azmi Mizan
Sumber: https://www.facebook.com/716864386/posts/10157613113679387/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat