PKPB: Kita Belum ‘Merdeka’, Kita Belum ‘Raya’

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

KUALA LUMPUR — Selepas 47 hari rakyat Malaysia ’terkurung’, hari ini hari pertama Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19 dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Apa yang longgar? Antara lain, Jakel kini boleh beroperasi, begitu juga pusat membeli belah lain. Restoran ‘Mamak’ yang dirindui juga sudah boleh dikunjungi dan orang ramai boleh menjamu selera di premis-premis kedai makan, manakala kenderaan persendirian kini boleh dinaiki empat orang.

Namun, perlu diingat PKP ini hanyalah dilonggarkan dan tarikh tamat sebenar perintah ini yang kini masuk fasa keempat adalah pada 12 Mei ini.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam menegaskan persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan hari ini kita ‘raya’ adalah salah.

Katanya, sekarang terserah kepada disiplin orang ramai dan kepatuhan mereka kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah berkenaan bagi membantu melandaikan lekuk COVID-19 seterusnya menjadikan kes positif sifar.

Dalam keghairahan meraikan ’kebebasan’ ini, perlu diingat juga kes positif baharu COVID-19, kembali mencecah angka tiga digit dua hari berturut sejak dua hari lepas selepas 16 hari kita berjaya merekodkan angka dua digit.

Semalam, sebanyak 122 kes positif COVID-19 direkodkan, meningkat dari hari sebelumnya sebanyak 105 kes.

Bagaimanapun, keputusan melonggarkan PKP kepada PKPB yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas masih kekal dan hanya kawasan yang mencatatkan kenaikan mendadak kes COVID-19 akan ditutup selepas ini.

Bagi menyelia kepatuhan rakyat secara keseluruhan terhadap PKP, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya semalam, mahu orang ramai memainkan peranan masing-masing dalam membuat laporan polis jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP PKPB.

Beliau turut menasihatkan orang ramai memuat turun aplikasi MyTrace dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang boleh digunakan bagi membantu kerajaan mengesan jejak mereka yang telah dijangkiti wabak COVID-19 berhampiran mereka dan kontak rapat mereka.

Ingatlah, kita masih belum menang dalam peperangan wabak ini. Jangan jadikan kegembiraan sementara kita dalam meraikan sedikit kebebasan ini satu kerugian kepada usaha kita ‘berkurung’ selama 47 hari sebelum ini.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...