Kesatuan Eropah Iktiraf Sijil Vaksinasi MySejahtera

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kesatuan Eropah (EU) telah membuat keputusan untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 di MySejahtera.

Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas mengesahkan perkara tersebut menerusi akaun media sosialnya.

“Berita baik, EU telah menerima permintaan Malaysia untuk mewujudkan penyelarasan antara Sijil Covid Digital EU dengan MySejahtera di Malaysia.

“Ini adalah satu pemangkin buat sektor perniagaan dan pelancongan di negara ini,” katanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut berkongsikan berita gembira itu di akaun Twitter miliknya.

“Ini penyambungan semula hubungan antara Malaysia dan EU,” katanya.

Ini bermakna rakyat Malaysia bebas mengunjungi mana-mana negara di Eropah tanpa sebarang sekatan khusus.

Sebelum ini, Khairy berjanji sijil MySejahtera akan didaftarkan dalam senarai sistem yang digunakan EU. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat