“Dah lama dekati pengundi, bonus calon lokal”

- Advertisement -

PAGOH – Kelebihan sebagai anak tempatan memberi bonus kepada calon Barisan Nasional (BN) Bukit Pasir, Fazli Mohamad.

Katanya, sebagai calon muda tempatan beliau sudah lama bergerak mendekati pengundi muda di Bukit Pasir.

“Ada banyak program dah buat dan itu kelebihan calon tempatan sebab kita sudah lama bergerak di kawasan sendiri dan kita sudah jumpa.

“Ada kawan-kawan lama yang kita jumpa dan rasanya lebih daripada separuh kita jumpa secara bersemuka dan kita akan teruskan dan perlu diperkemaskan untuk raih undi mereka,” kata Fazli ketika ditemui di Kompleks Perkembar UMNO Pagoh pada Jumaat.

Memanfaatakan kempen digital, Fazli berkata, BN Bukit Pasir menjalankan kempen media sosial secara bersasar.

“Ada berbaki beberapa hari lagi kita akan mulakan strategi baru khususnya perjumpaan secara berfokus dan juga menggunakan media sosial secara lebih bersasar.

“BN memiliki jentera yang tersusun jadi sepanjang tujuh hari kempen kita dapat tahu kawasan mana yang memerlukan tumpuan lebih dan kawasan mana yang memerlukan program tertentu.

“Pelbagai program telah dirancang dan akan dilakukan beberapa program yang sesuai dengan kehendak dan matlamat utama kita untuk meraih undi,” jelas beliau.

Fazli menegaskan BN Johor masih mengamalkan politik matang.

“Kita tidak menyerang calon dan menjadikan isu-isu yang tidak berkaitan dengan PRN Johor.

“Kita fokus kepada PRN Johor dan kestabilan negeri dan pembangunan negeri.

“Saya yakin dengan langkah yang sesuai kita lakukan sebagai bahan kempen dia akan beri satu impak positif terutamanya kepada pengundi baru dan muda.

“Kita harap mereka dapat menilai parti yang mengutamakan rakyat dan yang mana menggunakan sentimen semata-mata,” kata Fazli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat