Calon wanita warnai PRN Johor – Mastura Yazid

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, calon wanita dan keseluruhan calon BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini mewarnai pelbagai kelompok.

Mastura berkata, beliau yakin pengundi akan melihat calon-calon BN yang baik serta mampu berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Saya bersyukur dan berpuas hati walaupun kami di peringkat BN meminta seramai lebih 30 peratus wanita utk bertanding, tapi kami bersyukur kami dapat 25 peratus calon wanita yang bertanding pada PRN Johor yang mewarnai pelbagai kelompok.

“Semua berjalan dengan baik syukur alhamdulillah, moga semua pengundi pengundi di Johor dapat menjalankan tugas mereka untuk negara dan juga negeri Johor,” katanya selepas selesai menyantuni warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Johor Bahru, hari ini.

Jelasnya, meskipun terdapat banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh berkempen, namun susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.

“Saya juga berharap agar keselamatan SOP sentiasa dipantau dan dijaga dengan baik. Samada pengundi atau barisan hadapan, jaga keselamatan.

“Kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diinginkan berlaku. Semoga kita dapat Johor yang stabil, Insyallah”

“Kami menunggu keputusan yang terbaik buat calon calon wanita dan keseluruhan calon BN. Insyallah diharap ini menjadi menifistasi refleksi kepada apa yang akan berlaku pada pemilihan calon PRU-15,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat