Polis Tumpaskan Sindiket Judi ‘Mat Bangla’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya baru lima hari bekerja di sini dan ingatkan hanya bekerja sebagai pelayan khidmat pelanggan tetapi tidak sangka terbabit dalam sindiket perjudian dalam talian,” itu alasan diberikan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an selepas ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Lelaki terbabit antara lima lelaki warga Bangladesh yang ditahan pihak polis dalam serbuan dilakukan di tingkat 40 sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, di sini, hari ini, hasil risikan dan maklumat awam.

Selepas ditahan, lelaki terbabit mendakwa, dia sebelum ini bekerja di tapak pembinaan namun sudah lama tidak bekerja sebelum didatangi rakan senegara menawarkan pekerjaan itu.

“Saya lama tidak bekerja dan terima tawaran itu. Saya dibayar gaji RM1,500 sebulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, modus operandi sindiket ini dengan menyewa kondominium di tingkat 40 bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai baru beroperasi sejak tiga bulan lalu dan hasil serbuan pihaknya menahan lima lelaki warga Bangladesh berusia 30-an.

“Dalam serbuan ini, kita turut merampas lima komputer riba dan telefon bimbit yang digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian.

“Siasatan awal mendapati, mereka (sindiket) mensasarkan pemain warga Bangladesh di negara asal menggunakan laman sesawang yang diwujudkan untuk perjudian itu dengan nilai keuntungan RM10,000 sehari,” katanya ketika ditemui media selepas operasi itu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 4 (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam perkembangan berkaitan, Habibi berkata, Ops Dadu yang bermula sejak Januari hingga 3 Februari lalu berjaya menahan 306 individu hasil 110 serbuan dilakukan pihaknya.

“Kita turut melakukan 947 rampasan membabitkan pelbagai komputer, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai RM27,288.

“Daripada jumlah tangkapan itu kita tuduh di mahkamah seramai 156 orang dan selebihnya masih dalam siasatan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat