Zuraida Dijangka Keluar Bersatu April Ini – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, dijangka keluar Bersatu pada April ini dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebelum PRU15, lapor portal FMT sebentar tadi.

Menurut laporan itu juga, Zuraida yang kini adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu didakwa berkongsi rancangannya itu dengan pimpinan PBM baru-baru ini

“Tindakan Zuraida keluar parti April depan mengambil kira jangkaan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan rang undang-undang antilompat parti ketika itu.

“Antara sebab lain mengapa bulan empat (ialah) kerana Zuraida mahu keluar Bersatu sebelum akta antilompat parti diluluskan,” kata laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan.

Terdahulu, awal hari ini media melaporkan Zuraida telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp pimpinan tertinggi Bersatu yang turut dianggotai Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, pimpinan Bersatu juga dilaporkan telah melakukan siasatan susulan dakwaan bahawa Zuraida dikaitkan dengan PBM.

“Beberapa penyokong dan “orang kuat” Zuraida dilaporkan sudah menyertai PBM, namun parti itu menegaskan Zuraida tidak memohon menjadi ahli.

“NGO Penggerak Komuniti Negara, yang pernah dikaitkan dengan Zuraida, dalam kenyataan Disember lepas mendakwa ramai ahlinya telah menyertai PBM.

“Pengerusi NGO itu, Nor Hizwan Ahmad berkata, mereka memilih PBM bagi menjayakan agenda “The Great Reset 2030”, ” kata laporan itu lagi.

PBM diketuai bekas Ahli Parlimen PKR, Larry Sng, selaku Presiden dan Timbalannya, Haniza Talha, yang juga bekas ahli PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat