“Tommy Thomas dan Kuasa Peguam Negara” – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –Selepas kecoh berhubung catatan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness”, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui baru tersedar bahawa betapa berkuasanya Peguam Negara dan institusi tersebut.

Kata Mohamad, buku Tommy Thomas telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan masyarakat Malaysia.

“Saya tidak ingin mengulas tentang isu, peristiwa dan pengkisahan beliau. Itu memoir beliau dan pandangan beliau tidak semestinya benar, sahih dan berwibawa. Yang pasti beliau harus bertanggungjawab dengan apa yang beliau tuliskan.

“Saya hanya ingin menyentuh tentang suatu perkara. Iaitu buku tersebut telah memaparkan betapa maha berkuasanya seorang Peguam Negara dan institusi tersebut,” kata Mohamad di Facebooknya.

Menurut beliau, perincian segala peristiwa yang dinyatakan dalam buku tersebut memaparkan betapa meluasnya pengaruh Peguam Negara serta jabatannya dalam pentadbiran undang-undang negara.

Hal demikian kata Mohamad, ini mewajarkan untuk kerajaan memikirkan semula dua reformasi penting.
“Pertama ialah perlantikan seorang Peguam Negara. Yakni Malaysia mesti mempunyai kaedah yang lebih telus dan berwibawa dalam perlantikan seorang Peguam Negara.

“Perlantikan Peguam Negara sebagai prerogatif mutlak seorang Perdana Menteri wajar dinilai semula. Lebih merisaukan bila pencalonan datang dari individu tertentu yang berkepentingan dan melalui perbualan dengan Perdana Menteri seperti yang di tulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

“Malaysia mesti mempunyai tatacara perlantikan yang menepati segala ciri ketelusan dan kompetensi bagi jawatan berkepentingan awam dengan kuasa yang luar biasa seperti Peguam Negara,” jelas beliau.

Cadangan kedua yang dikemukakan Mohamad ialah pemisahan antara jawatan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya.

“Kuasa yang memusatkan segalanya kepada seorang individu mesti di hadkan.

“Mungkin wajar untuk kerajaan mempertimbangkan pemisahan peranan tersebut dengan melantik Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi menjalankan fungsi yang berbeza.

“Walaupun saya realistik bahawa meminda perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan adalah sukar, namun persediaan kearah matlamat tersebut mesti dilakukan demi pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang yang dihormati dan berwibawa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat