Kesilapan besar Mahathir meletakkan jawatan PM- Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tampil memberi maklum balas apabila namanya dipetik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dituduh sebagai diktator sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah dipilih rakyat pada PRU-14.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata beliau terkejut apabila namanya dipetik dalam perenggan terakhir kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, di mana beliau mengatakan:

“Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju negara jika kesemua parti meletakkan negara ini sebagai matlamat utama.”

Hal demikian, Kit Siang menjelaskan, perkara ini hanyalah sangkaan Mahathir sendiri.

“ Untuk rekod, keputusan PH untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri — selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Mahathir — dibuat secara sebulat suara oleh semua parti komponen PH — DAP, PKR, dan Amanah.

“PH mencapai keputusan ini selepas Mahathir enggan untuk terus menjadi Perdana Menteri PH dan enggan untuk mematuhi dan terikat dengan Manifesto Pilihan Raya Umum PH,” ujar Kit Siang.

Beliau menyatakan bahawa perlunya ada seorang Perdana Menteri PH dan sebuah Kerajaan PH untuk mempertahankan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.

“Amat malang sekali apabila Mahathir masih enggan untuk bertanggungjawab di atas kesilapan besar beliau apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, daripada Pakatan Harapan, Warisan, dan juga Bersatu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat