Subsidi kurang, cukai bertambah, namun Ringgit terus menjunam selepas Belanjawan 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prestasi ringgit yang dibanggakan oleh kerajaan beberapa bulan lalu kini kian suram ketika pelabur dan spekulator mengambil sikap berhati-hati menunggu pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang baharu Donald Trump.

Pada September lalu, Ringgit naik kepada 4.1275 berbanding dolar AS mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021 telah mengundang par pemimpin kerajaan mendakwa ia adalah kejayaan kerajaan mengadakan dasar fisikal yang baik termasuk mengurangkan subsidi bahan bakar.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika itu dilaporkan berkata ‘pengukuhan ringgit membuktikan Kerajaan Madani telah berupaya mengubah persepsi dunia dalam tempoh yang singkat terhadap asas ekonomi negara.

Menurut Fahmi, pelancaran tiga kerangka penting pada 2023 iaitu Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menyaksikan negara mencatatkan perubahan mendadak dalam tempoh yang singkat.

“Ini membuktikan Kerajaan Madani dalam tempoh yang singkat berupaya untuk mengubah persepsi dunia terhadap asas ekonomi kita setelah kita meluncurkan kerangka Ekonomi Madani, NIMP 2030 dan NETR.

“Kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun berjaya meletakkan Malaysia di landasan yang betul dan saksikan antara lain ringgit (berada) di paras kukuh iaitu RM4.19 berbanding dolar AS,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bulan september lalu.

Namun disebalik pengumuman Belanjawan 2025 yang menunjukkan kerajaan menyasarkan pengurangan subsidi dan pengenalan cukai yang lebih tinggi, Ringgit tidak menemui jalan yang lebih baik.

Prestasi sebelum belanjawan nilai MYR/USD menunjukkan kestabilan dalam lingkungan 4.20 hingga 4.30.
Selepas pembentangan belanjawan dari pertengahan November hingga Awal Disember 2024, nilai Ringgit menunjukkan tren menurun, dengan kadar sekitar 4.45 hingga 4.47 pada awal Disember 2024.

Semalam Ringgit terus menjunam kepada RM4.45 berbanding dolar AS menimbulkan tanda tanya sama ada Kerajaan akan mengambil tanggungjawab atas kemerosotan nilai Ringgit, sama seperti mereka mendabik dada mendakwa menjadi punca kekuatan Ringgit pada September lalu.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat