Jenayah dalam talian, Malaysia alami kerugian 1.224 billion ringgit – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan masalah jenayah dalam talian perlu ditangani segara kerana sebanyak RM1.224 bilion kerugian akibat jenayah tersebut direkodkan sejak Januari hingga Oktober 2024.

Munurutnya pelbagai jenis jenayah dalam talian berlaku hari ini termasuk jenayah telekomunikasi, love scam, dan e-Dagang.

“Isu ini memang serius kerana jika dilihat dari perspektif ASEAN, jumlah kerugian akibat jenayah dalam talian mencapai AS$64 bilion, manakala di Malaysia, kerugian akibat jenayah dalam talian adalah RM1.224 bilion dari Januari hingga Oktober 2024.

“Kenyataan ini membimbangkan kerana sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 181,628 nombor telefon, 222,092 akaun bank, dan 1,395 nama syarikat telah direkodkan dalam Semak Mule, yang melibatkan jenayah penipuan dalam talian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, yang ingin mengetahui punca kenaikan kes jenayah ini serta langkah pencegahan terhadap jenayah pinjaman wang tidak berlesen dan juga penipuan kewangan dalam talian.

Anwar turut mencadangkan pindaan undang-undang termasuk Seksyen 116D yang telah diluluskan sebelum ini bagi merampas dan menyekat transaksi kewangan yang tidak sah.

“Situasi jenayah dalam talian semakin membimbangkan kerana banyak rekod nombor telefon dan akaun bank yang terlibat dalam kegiatan penipuan itu, berdasarkan aduan yang diterima melalui aplikasi Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat