BAM sahkan ‘dikunjungi’ pegawai SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan badan induk itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BAM dalam kenyataan ringkas mengesahkan pegawai SPRM telah hadir ke pejabat mereka di Kuala Lumpur minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.

“BAM mengesahkan pegawai SPRM datang ke pejabat kami minggu lepas untuk meminta maklumat tertentu.

“BAM memberikan kerjasama penuh semasa kunjungan itu dan pegawai-pegawai SPRM yang telah menjalankan tugas mereka secara profesional,” katanya di X pada Selasa.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam dan Setiausaha Agung Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat