Sangkar impi trofi Filem Terbaik FFM31

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Impian rangkul trofi Filem Terbaik, namun, tersenarai sebagai calon akhir Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 sudah memadai bagi Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai yang mengemukakan pencalonan bagi filem Sangkar pada acara gemilang itu, minggu depan.

Sangkar yang mencatat sejarah apabila dibikin melalui kolaborasi empat syarikat penerbitan iaitu Primeworks Studios (PWS), Astro Shaw dan MM2 Entertainment dan Infinitus Gold, menanti kategori yang bakal disaingi apabila diumumkan pada malam kemuncak FFM31 pada 10 Disember ini.

Gayatri menganggap menjadi calon akhir FFM31 sebagai suatu penghargaan buat produksi Sangkar yang dilihat sebagai karya bermutu.

“Sangkar adalah projek istimewa bersama pengarah, Kabir Bhatia. Kami sebagai keluarga besar mahu menghasilkan filem yang benar-benar memberi impak kepada penonton.

“Jadi, apabila Sangkar dinilai sebagai karya baik oleh juri FFM31, kami anggap ia suatu penghargaan.

“Kalau ditanya soal kemenangan, kita sebagai manusia sudah tentu sukakan persaingan.

“Jadi, saya pasti berharap Sangkar meraih Filem Terbaik. Bagaimanapun, jika kalah, kami sudah cukup berbesar hati disenaraikan dalam kalangan terbaik,” katanya kepada BH Online.

 

Gayatri berharap Sangkar meraih Filem Terbaik, namun, jika tewas sudah cukup berbesar hati disenaraikan dalam kalangan terbaik.
Gayatri berharap Sangkar meraih Filem Terbaik, namun, jika tewas sudah cukup berbesar hati disenaraikan dalam kalangan terbaik.

 

Mengenai pengumuman penganjur FFM31 menawarkan hadiah Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 bagi pemenang Filem Terbaik, Gayatri sangat teruja.

“Ini kali pertama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menawarkan ganjaran seumpama itu. Jadi, saya fikir sangat berbaloi buat kita sebagai penerbit yang sudah banyak bergelut akibat pandemik COVID-19.

“Jika kita berjaya dapat dana itu, kita boleh memberi semula kepada industri. Kita dapat mengupah lebih ramai penggiat industri untuk menghasilkan lebih banyak karya.

“Secara jujur, saya fikir sangat bagus FINAS dan FFM31 memberi hadiah itu,” katanya.

Bertanya mengenai kekuatan Sangkar, Gayatri berkata, kisahnya yang dekat dengan masyarakat menyebabkan karya itu mendapat sambutan baik.

“Sangkar adalah kisah harapan dan penyesalan. Jadi, filem ini dekat dengan setiap penonton. Semua orang ada rasa kesal dan sentiasa berharap untuk memperbaiki diri.

“Saya fikir ini antara kekuatan yang berjaya membuatkan filem ini dekat dengan orang ramai.

“Selain itu, Kabir dan barisan pelakon serta seluruh pasukan memberi 110 peratus tenaga untuk menjayakan filem ini,” katanya.

Filem Sangkar yang memaparkan sukan seni bela diri campuran (MMA) sebagai latar cerita, ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos 2019 dan sepanjang tayangan, meraih RM11.9 juta.

Selain Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utama, atlet profesional MMA, James ‘Sledgehammer’ McSweeney turut ditampilkan.

Sangkar bakal bersaing dengan 55 filem lain bagi merebut 28 kategori termasuk trofi utama, Filem Terbaik.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat