Pasaran Kewangan Asia Berdepan Kebimbangan Varian Omicron Jejas Pemulihan Ekonomi

- Advertisement -

BENGALURU – Ekuiti dan mata wang Asia bercampur-campur dalam sesi dagangan yang hambar semalam, apabila pelabur menilai potensi kejatuhan ekonomi akibat varian baharu Covid-19, Omicron.

Sementara itu, mata wang Korea Selatan, won mengukuh semasa peningkatan pertaruhan kenaikan kadar faedah oleh Bank of Korea.

Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kes pertama varian baharu itu sekali gus membimbangkan pasaran kewangan Asia yang sedang berdepan dengan kebimbangan mengenai potensi kesan virus itu terhadap pemulihan ekonomi di rantau berkenaan.

Saham Filipina meningkat 1.3 peratus, pulih daripada kejatuhan sebanyak 3.5 peratus pada sesi sebelumnya manakala saham di Jakarta, Singapura dan Thailand didagangkan antara 0.2 peratus hingga 0.5 peratus lebih tinggi.

Sementara itu, rupiah Indonesia dan ringgit Malaysia masing-masing menyusut 0.2 peratus manakala baht Thailand jatuh 0.4 peratus.

Pakar Strategi Pasaran Platform Dagangan Runcit IG, Yeap Jun Rong berkata, peserta pasaran mungkin lebih cenderung untuk mengurangkan risiko dalam pasaran sambil menunggu penjelasan tentang tahap penyebaran Omicron dan langkah yang diperlukan untuk mengatasi varian itu.

“Korea Selatan melaporkan lima kes pertama varian Omicron dengan jumlah kes Covid-19 di negara itu mencecah rekod tertinggi walaupun sekatan perjalanan dilaksanakan dengan lebih ketat.

“Ekuiti Seoul bagaimanapun meningkat 1.0 peratus apabila mereka tidak mengendahkan tajuk berita yang negatif dan terus menikmati data eksport dan keluaran kilang yang teguh dilaporkan oleh syarikat perdagangan Asia pada Rabu lalu.

“Won Korea Selatan meningkat 0.2 peratus kepada 1,177.10 berbanding dolar AS, peningkatan untuk hari keempat selepas inflasi pengguna November meningkat kepada paras tertinggi dalam sedekad, melebihi sasaran bank pusat sebanyak 2.0 peratus untuk lapan bulan berturut-turut,” katanya.

Jun Rong menjelaskan, itu akan menyebabkan orang ramai memberi tumpuan kepada mesyuarat bank pusat Korea Selatan untuk mengetahui kenaikan kadar selanjutnya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat