PRN Sarawak: Abang Johari Tanding DUN Gedong

- Advertisement -

KUCHING – Tan Sri Abang Johari Tun Openg menamatkan spekulasi apabila bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.

Beliau yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Satok selama lapan penggal menggantikan Datuk Mohd Naroden Majais di kerusi DUN tersebut.

Pengumuman yang dibuat Abang Johari sendiri pada Majlis Penyerahan Watikah pelantikan Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini hari ini turut menyaksikan Naroden mengundur diri daripada bertanding pada PRN12 kali ini.

Selain Abang Johari, dua timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kekal di kerusi DUN Bukit Saban serta DUN Bukit Sari.

Selain itu, GPS mempertaruhkan calon baharu iaitu Nicholas Kudi Jantai Maseng di kerusi DUN Baleh yang sebelum ini dipegang mendiang Tan Sri James Jemut Masing selama lapan penggal.

Nicholas Kudi merupakan anak saudara kepada mendiang Masing.

Manakala Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian kekal di DUN Batu Kawah.

Pada PRN11 lalu, GPS yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang 72 kerusi menewaskan DAP dengan tujuh kerusi manakala PKR tiga kerusi. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat