CSA adalah pendekatan Dajjal akhir zaman – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) didakwa seumpama pendekatan Dajjal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, tetapi memaksa untuk terus berkuasa.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, kemunculan CSA ialah satu bentuk persetujuan politik di Parlimen dan katanya, melalui persetujuan ini, blok pembangkang atau Ahli Parlimen bebas bersetuju untuk memberikan sokongan bersyarat kepada pihak kerajaan.

“Walaupun tidak berlagak menjadi Tuhan laksana Dajjal yang besar, tetapi tetap melaksanakan sifat-sifat Dajjal.

“Sudah menjadi amalan di negara-negara seluruh dunia bahawa hasil negara ialah hak seluruh rakyat. Hal ini termasuklah hasil yang diperoleh secara langsung daripada pelbagai bentuk cukai seperti cukai barangan, pakaian, makanan, kenderaan, tempat kediaman dan segala kelengkapannya, sama ada dari dalam negara atau yang diimport.

“Hasil percukaian ini melibatkan penggunaan dan keperluan seluruh rakyat, maka faedahnya wajib dipulangkan kepada semua rakyat, tanpa mengira sama ada mereka mengundi parti kerajaan ataupun parti pembangkang.

“Mana-mana parti yang menjadi kerajaan wajib menunaikan amanah kepada rakyat secara langsung tanpa perlu membuat aku janji terlebih dahulu.

“Hal ini laksana seorang lelaki yang bakal menjadi suami yang tidak perlu berjanji atau menandatangani aku janji ketika akad nikah untuk melaksanakan tanggungjawab memberikan nafkah apabila menjadi ketua keluarga,” katanya dalam catatan Minda Presiden Pas pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat