Pesona alunan keroncong

- Advertisement -

PERSEMBAHAN santai yang menghiburkan. Itu kesimpulan mengenai program Wow Keroncong Selangor 2021 yang berlangsung di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini menampilkan barisan artis popular iaitu Herman Tino, Raftah Bachik, Jamilah Abu Bakar, Haziq Rosebi dan ramai lagi ternyata berjaya menghiburkan hampir 300 tetamu jemputan di studio.

Tidak ketinggalan, ia turut dirakam dan disiarkan melalui platform digital JKKN TV.

Pengalaman artis yang terbabit dalam bidang seni dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka bagi menampilkan persembahan yang mantap.

Herman dan Raftah bijak berkomunikasi dengan tetamu kenamaan, sekali gus menghidupkan suasana dalam studio.

Herman ketika beraksi turut memuji usaha JKKN Selangor dengan penganjuran persembahan keroncong yang semakin terpinggir dari kalangan penggiat seni suara generasi baharu.

 

GANDINGAN Haziq dan Jamilah berjaya menghiburkan penonton.
GANDINGAN Haziq dan Jamilah berjaya menghiburkan penonton.

 

 

RAFTAH, Jamilah dan Haziq gembira dapat kembali beraksi atas pentas.
RAFTAH, Jamilah dan Haziq gembira dapat kembali beraksi atas pentas.

 

Manakala Haziq dan Jamilah pula membuktikan mereka antara pelapis yang boleh mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Herman dan Raftah pada masa akan datang.

Persembahan yang diiringi oleh Ayom Keroncong ini menampilkan Herman dengan lagu Yale-Yale dan Derma Bukan Tontonan, Raftah (Kemayuran dan Nona Manis), Jamilah (Jampi) dan Haziq (Fly Me To The Moon).

Haziq dan Jamilah turut bergandingan menyanyikan ‘medley’ irama Malaysia menerusi lagu Zapin Usik Mengusik. Malah, Jamilah turut tampil solo mempersembahkan lagu Empat Dara dan Sambutlah Kasih.

Wow Keroncong Selangor 2021 dianjurkan dengan kerjasama Motac Selangor, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat).

Ia dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Motac Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat mewakili menterinya, Datuk Nancy Shukri.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop dan Pengarah JKKN Negeri Selangor, Mohamad Raizuli Mat Jusoh.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat