Desktop kelas prestasi

- Advertisement -

MEMILIKI desktop kelas permainan adalah impian untuk setiap ‘gamers’ dan mampu untuk menghasilkan latar permainan yang licin, memberi kadar segar semula secara stabil lebih 60 bingkas sesaat (fps) atau lebih.

Bukan saja untuk ‘gamers’, desktop berkuasa ini turut menjadi impian penyedia kandungan supaya tugasan suntingan video resolusi ultra tinggi dan sintesis animasi dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Untuk itu, jenama perkakas permainan terkemuka, MSI menawarkan desktop kelas permainan daripada siri MPG Trident AS yang dikuasakan dengan pemproses termaju.

Set desktop berkenaan menggunakan pemproses berkuasa keluaran Intel Core i7 daripada Generasi Ke-11 iaitu i7-11700 bersama papan induk cip B560.

Sesuai dengan kelas prestasi, desktop berkenaan dikuasakan dengan padanan kad grafik keluaran Nvidia GeForce RTX 3070 Ventus dan pengguna boleh melakukan tetapan konfigurasi mengikut kesesuaian dan bajet.

Secara asasnya, lebih tinggi tahap kad grafik yang dipadankan, ia akan mempengaruhi harga keseluruhan untuk desktop berkenaan.

Selain itu, pengguna boleh melakukan konfigurasi perkakas mengikut bajet dan padanan memori (RAM) pula dibuat sehingga sokongan 64GB dengan frekuensi 3200MHz

Set desktop ini dilengkapi dengan sokongan audio 7.1 HD Audio Realtek ALC897 serta menyokong tetapan internet tanpa wayar (WiFi) 6E untuk kestabilan kelajuan.

Biarpun menggunakan saiz kecil untuk kerangka, namun tahap pengudaraan set ini adalah antara yang terbaik berada di pasaran.

 

SET desktop MPG Trident AS menggunakan pemproses berkuasa keluaran Intel Core i7 daripada Generasi Ke-11 iaitu i7-11700 bersama papan induk cip B560.
SET desktop MPG Trident AS menggunakan pemproses berkuasa keluaran Intel Core i7 daripada Generasi Ke-11 iaitu i7-11700 bersama papan induk cip B560.

 

Kerangka kecil berkenaan menjimatkan ruang reka letak set desktop pengguna tanpa mengabaikan aspek prestasi dan pastinya ia boleh melancarkan sebarang perisian prestasi sehingga kepada pengalaman permainan yang baik.

Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://msi.gm/3jrYzsN untuk spesifikasi serta konfigurasi mengikut kesesuaian tugasan rutin harian.

Berdasarkan ujian penulis, set desktop berkenaan mampu untuk melancarkan sebarang judul permainan kelas AAA tanpa sebarang masalah untuk resolusi definisi penuh 1080p dan 1440p.

Desktop berkenaan juga mampu untuk menghasilkan bacaan lebih daripada 60fps dengan stabil tanpa kemerosotan prestasi untuk sesetengah judul permainan.

Bagi tujuan tugasan kompleks seperti suntingan video resolusi tinggi dan sintesis animasi, penulis tidak menghadapi masalah dengan desktop berkenaan dan semua tugasan dilaksanakan dengan lancar.

Secara keseluruhannya, MPG Trident AS ini adalah set desktop yang seimbang iaitu boleh digunakan untuk genre permainan, malah boleh melancarkan tugasan kompleks.

 

MPG Trident AS mampu menghasilkan bacaan lebih daripada 60fps dengan stabil tanpa kemerosotan prestasi untuk sesetengah judul permainan.
MPG Trident AS mampu menghasilkan bacaan lebih daripada 60fps dengan stabil tanpa kemerosotan prestasi untuk sesetengah judul permainan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat