Siang naik poster, malam tiket habis

- Advertisement -

HANYA beraksi dua kali sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Justeru, kumpulan Iqbal M tidak mengambil masa lama untuk kembali menemui peminat sebaik kebenaran diberikan kerajaan dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kumpulan alternatif rock yang dianggotai Iqbal sebagai penyanyi, Fei (gitar), Jo (gitar), Shah (bass) dan Aidil (dram) ini akan beraksi dalam konsert Hell Yeah Iqbal M. Bertempat di Angkasa Event Space, Kuala Lumpur pada 6 November ini, jam 8.30 malam.

“Ketika PKP kami sempat menjayakan dua persembahan. Yang pertama secara dalam talian dan kedua beraksi secara fizikal di Auditorium Bentley Music apabila kerajaan bagi kebenaran sementara untuk semua aktiviti.

“Persembahan secara dalam talian agak okey, tapi dalam hati rasa tak ‘best’ sangat kerana ‘feel’ kurang menarik berbanding secara fizikal kerana dapat tengok peminat secara berdepan.

“Konsert secara dalam talian, sambil beraksi kena pula baca komen orang. Tapi, itu saja pilihan terbaik yang ada yang boleh dibuat ketika itu. Manakala konsert fizikal ramai peminat hadir bagi sambutan. Kami beruntung kerana sebaik konsert itu berlangsung, beberapa hari kemudian PKP dikuat kuasa semula,” kata Iqbal.

 

IQBAL M tidak menunggu lama untuk beraksi dalam konsert.
IQBAL M tidak menunggu lama untuk beraksi dalam konsert.

 

Iqbal menyifatkan penganjuran konsert Hell Yeah dibuat secara ‘koboi’ atau tergesa-gesa.

“Kami tengok artis lain pun dah buat ‘show’, malah kami pun dapat DM di Instagram yang tanya bila lagi Iqbal M nak beraksi.

“Jadi, hari ini kami setuju untuk konsert, esoknya dah naik poster. Buat saja cara ‘koboi’ pun kat mana-mana. Tak perlu gah sangat janji jalan saja dulu.

“Bukan apa, buatnya nanti tiba-tiba saja kerajaan tutup semula tak seronok pula. Sementara boleh, kita buat saja,” katanya.

Iqbal gembira kerana sebaik poster dinaikkan di Instagram pada sebelah siang, tiket untuk 100 peminat seperti yang ditetapkan habis terjual pada sebelah malamnya.

“Memang ramai peminat yang ingat kami nak lanjutkan konsert jadi dua hari, tapi masalahnya tempat itu digunakan orang lain keesokan harinya.

“Kami tetap komited nak beraksi satu hari dan mungkin nak jadikan ‘benda’ ini sebagai satu sesi jelajah seluruh negara. Itu pun kalau kerajaan benarkan. Sebagai langkah selamat, kami turut sediakan ‘test kit’ Covid-19 untuk konsert Sabtu ini. Semua peminat yang datang kena jalani ujian itu sebelum persembahan bermula,” katanya.

Iqbal M menyasarkan persembahan selama dua jam dengan menampilkan sekitar 15 hingga 18 lagu untuk peminat.

“Tiada artis undangan kerana kami nak ubati kerinduan peminat dengan lagu kami. Mereka nak dengar persembahan live kami sepenuhnya dan kami pun nak puaskan hati mereka.

“Dalam pada itu, anggota kami juga nak cari semula keserasian sebab dah lama tak berjumpa dan berlatih sama. Dulu kalau lepas berlatih mungkin boleh lepak makan.

“Kami nak dapatkan semula keserasian supaya Sabtu nanti orang tengok persembahan kami ‘solid’ semula seperti sebelum ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,579FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat