Zahidi Mohon Maaf Terhadap Veveonah Mosibin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memohon maaf terhadap pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin berhubung kenyataannya dalam Dewan Negara hari ini.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Zahidi mengakui terkhilaf ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara berhubung perkara berkenaan.

Zahidi menjelaskan beliau akan membuat pembetulan berhuhung jawapan yang diberikan itu di sidang Dewan Negara pada Isnin nanti.

“Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

“Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan.

“Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

“Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi,” katanya.

Awal hari ini, Zahidi mendakwa video tular Veveonah itu sebenarnya dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan ‘viewer’ rancangan YouTubenya.

Zahidi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang bertanyakan tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet antara bandar dan luar bandar serta mengaitkan isu video tular Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat