Projek Rundingan Terus bercanggah manifesto PH – Annuar

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah PersekutuanTan Sri Annuar Musa tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas, sebagai isu atau masalah.

Annuar berkata apa yang menjadi masalah adalah kerana kaedah rundingan terus bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Masalahnya adalah kerana kerajaan terdahulu yang tidak berkata benar kepada rakyat. Kata (PH) tiada lagi projek rundingan terus dan ditulis pula dalam manisfetonya, tetapi tiba-tiba ada projek (rundingan terus) yang bernilai berbilion-bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program menyantuni guru dan pelajar Madrasah Tahfiz Al Yamani, Kampung Baru menerusi Program Menyantuni Sekolah melalui inisiatif Wilayah Cakna dalam agenda Wilayah Prihatin di sini, hari ini.

“Saya dah check (siasat), memang ada satu projek rundingan terus yang bernilai lebih RM900,000. Saya pun tak jadikan itu sebagai isu sebab saya tahu sebenarnya projek rundingan terus ini tak salah.

“Projek rundingan terus memang satu dari kaedah perolehan yang dibenarkan dan Menteri Kewangan mempunyai kuasa penuh untuk memilih cara yang mana,” katanya.

Sebelum ini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan  pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Sementara itu, Annuar berkata soal keperluan sekolah ahfiz perlu ditekankan dalam perancangan dan pembangunan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan hal ehwal pendidikan dan pusat tahfiz akan terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020-2040 yang sedang dirangka.

“Saya akan cari jalan untuk kita memanfaatkan pusat tahfiz ini. Bagi saya, dakwah dan tuntutan agama segala-galanya bermula dengan pembelajaran al-Quran yang betul,” katanya.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...