Lim Guan Eng Lulus Dua Projek KPKT Secara Runding Terus – Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hari ini mendedahkan dua projek runding terus di kementeriannya memang diluluskan oleh oleh Lim Guan Eng.

Kedua-dua projek itu berlaku pada pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan dilakukan oleh Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu.

“Semalam, saya sudah katakan saya akan siasat dakwaan dibuat pemimpin PH bahawa dua projek diluluskan menerusi rundingan terus dalam KPKT. Seperti yang dijanji, saya sudah siasat dan mengumumkan apa yang sudah ditemui.

“Saya boleh mengesahkan bahawa rundingan terus ini dilaksanakan oleh bekas menteri kewangan sendiri iaitu Lim Guan Eng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua projek itu ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai RM170,291,400 dan Projek Sistem Perisian Century bernilai RM501,206.37.

Menurutnya, Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah ialah Tamrin Tun Ghaffar yang juga penyokong PH.

Menurut Zuraida, pada pertemuan 26 November 2018, Guan Eng bukan sahaja membincangkan rundingan semula projek itu bersama Tamrin tetapi juga bersetuju untuk mengurangkan kos yuran pemberian 10 peratus lebih sedikit daripada kos asal kononnya dapat menjimatkan wang untuk kerajaan.

Guan Eng kemudian menasihati Bumi Segar Indah untuk berhubung dengan KPKT untuk membentangkan dan susulan dengan cadangan rasmi.

Selepas itu, projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah Guan Eng melalui surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT.

Begitu juga, projek perisian Century, yang melibatkan lima kementerian yang berasingan, juga diluluskan oleh Kementerian Kewangan ketika itu.

“Saya harap pada masa depan ahli politik PH dan bekas menteri akan memeriksa fakta mereka sebelum menyesatkan orang ramai,” ujarnya.

Semalam salah seorang bekas menteri zaman PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyifatkan Zuraida ‘tidur’ kerana tidak mengetahui apa yang berlaku di kementeriannya.- MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat