Bantuan diagih tak seimbang, basmi miskin bandar kurang berjaya – Audit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dikesan bantuan diagihkan tidak seimbang.

Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1 melaporkan, secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan dapat dirumuskan bahawa walaupun prestasi output program tercapai, namun bantuan yang diluluskan tidak diagihkan secara seimbang dan tepat kepada golongan sasar.

“Prestasi keberhasilan program juga tidak tercapai sepenuhnya kerana masih terdapat peserta yang tidak menjana pendapatan untuk keluar dari gars kemiskinan.

“Selain itu, pengurusan program kurang memuaskan kerana mash terdapat kelemahan yang boleh ditambah baik agar golongan sasar mendapat manfaat secara optimum,” katanya.

Tambah laporan itu lagi, bagi Program Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan kerana tidak melaksanakan projek seperti mana kelulusan dan tidak memastikan kontraktor melaksanakan kerja seperti mana skop projek.

“Bagi Program Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) pula, NGO tidak mematuhi garis panduan yang dikeluarkan antaranya tidak melaksanakan bancian peserta; lewat membekalkan peralatan dan terdapat keraguan pada maklumat pendapatan peserta.

“Selain itu, KPKT juga tidak memantau PBT dan NGO dengan berkesan menyebabkan wujud kelemahan dalam pengurusan program,” jelasnya lagi.

Hal demikian, audit mengesyorkan bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan dapat ditambah baik KPKT hendaklah menilai semula kriteria kelayakan peserta yang ditetapkan supaya golongan yang mendapat manfaat program adalah golongan B40 di bandar dan memastikan tiada pertindihan bantuan kerana sumber kewangan kerajaan yang terhad.

“Juga KPKT hendaklah menilai semula kaedah pemilihan peserta dan bidang kursus yang
ditawarkan dengan mengambil kira keperluan semasa dan kehendak pasaran supaya pendapatan dapat dijana secara optimum dan berterusan selari dengan minat peserta, seterusnya membantu mereka keluar dari kemiskinan,”cadangnya.

Bukan cuma itu, KPKT hendaklah menilai keperluan/mekanisme untuk menguruskan peralatan yang tidak digunakan oleh peserta Program PEKB supaya tiada kerugian di pihak kerajaan terhadap perbelanjaan yang dibuat dan KPKT hendaklah memberikan tumpuan terhadap usaha penambahbaikan mekanisme penyelarasan, pemantauan dan penilaian program agar dapat mencapai matlamat yang disasarkan dengan berkesan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat