PRK KKB: Siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan, UMNO akan sokong – Ahmad Zahid

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

Menurutnya, prinsip UMNO adalah menghormati kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti komponen dalam kerajaan.

“Saya fikir kita harus berada dalam keadaan harmoni politik kerana kita mahu sama ada di peringkat negeri atau pusat, perkara-perkara ini hendaklah kita selesaikan dan ia akan mempermudahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan.

“Insya-Allah jika ada perbezaan-perbezaan, pada hemah saya ia akan dapat diselesaikan dengan cara paling terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2024 UMNO Bahagian Hulu Selangor di MRSM Ampang Pecah di Kuala Kubu Baharu. di sini pada Ahad.

Kata Ahmad Zahid lagi, beliau telah bertemu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung cadangan agar calon PRK dipilih dalam kalangan Barisan Nasional (BN). Tambahnya lagi, beliau memahami kenyataan yang dibuat oleh Ka Siong, ketika itu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berpendapat kenyataan yang dibuat oleh oleh MCA adalah pendirian parti masing-masing, dan berhadap ia bersifat sementara.

“Jika kenyataan itu dikeluarkan (kerana) kecil hati, oleh kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan-rakan dalam parti komponen yang lain, saya harap perkara ini dapat diselesaikan bagi menjernihkan kekeruhan,” ujarnya lagi, memetik Astro Awani.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Pada pilihan raya negeri, tahun lalu, Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi apabila mengalahkan Teoh Kien Hong (GERAKAN), Siva Prakash Ramasamy (MUDA) dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia).

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Pengundian bagi PRK itu akan berlangsung pada 11 Mei depan, manakala hari penamaan calon pada 27 April.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat