Belum Batal, Nilai Kompaun Langgar SOP Ikut Ordinan Darurat – Pengarah KDNKA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nilai kompaun maksimum dikenakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan terus diguna pakai sehingga Ordinan Darurat dibatalkan kelak.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kassim, berkata penguatkuasaan SOP mengikut Akta 342 tidak akan terkesan walaupun kerajaan sebelum ini mengumumkan Ordinan Darurat dibatalkan.

“Walaupun dibatal (Ordinan Darurat) tetapi belum dibahaskan lagi di Parlimen, maka Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menguatkuasakan Akta 342 mengikut Ordinan Darurat sehingga tempoh enam bulan.

“Ia masih terpakai (nilai kompaun maksimum) sehinggalah Ordinan Darurat dibahaskan nanti,” katanya kepada BH, hari ini.

Pada 12 Mac lalu, kerajaan mewartakan jumlah maksimum kompaun kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak RM10,000 (individu) sehingga RM50,000 (syarikat) susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Bagaimanapun, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

Sementara itu, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, berkata nilai maksimum kompaun ingkar SOP yang dikuatkuasakan sekarang akan terus terpakai sehingga Ordinan Darurat ditamatkan.

“Kenyataan Perdana Menteri, hari ini menyebut cadangan kerajaan untuk membatalkan Ordinan Darurat tidak diterima lagi, justeru Ordinan Darurat masih terpakai.

“Seperti titah Yang di-Pertuan Agong, selagi ia tidak dibahaskan (di Parlimen) maka ia belum terbatal dan ia selaras dengan Perlembagaan,” katanya.

Hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan Darurat boleh dibawa ke sidang Parlimen yang dijadualkan pada September ini.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini proses pembatalan Ordinan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu, tidak dapat disempurnakan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat