Solat Jumaat: Utamakan Kesihatan, Akhirat Di Depan – Zahid

Oleh: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Saya menerima banyak keluhan dari teman-teman kerana tidak dapat menunaikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat di rumah-rumah Allah semenjak PKP dilaksanakan di negara ini pada 18.3.2020 yang lalu.

Walaupun kini, sebahagian masjid sudah diberikan kelonggaran untuk menunaikan solat berjemaah tetapi jumlah yang dibenarkan tidak melebihi 30 orang. Ditambah kini, difahamkan pihak berkuasa Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah telah membenarkan solat berjemaah dengan menjaga S.O.P yang ketat.

Ini menjadikan kerinduan kebanyakan mereka kepada rumah-rumah Allah makin bertambah. Saya sendiri pun begitu juga, rindu betul nak ke masjid untuk solat berjemaah dan mengimarahkannya.

Apapun, kita kena akur dengan ketetapan yang dibuat oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa setiap negeri yang menjadikan faktor keselamatan dan kesihatan rakyat lebih penting dan wajib berbanding perkara-perkara yang sunat. Ini selaras dengan beberapa kaedah Fiqh yang berbunyi :-

1. “Bahaya mesti dihapuskan”

الضرر يزال

2. “Membendung kemaslahatan diutamakan daripada menarik kemaslahatan”

درء المفاسدمقدم على جلب المصالح

3. “Apa sahaja yang memudaratkan kaum Muslimin wajib dihindarkan terhadap mereka”

كل ما اضر بلمسلمين وجب ان ينفى عنهم

Yang penting, kita teruskan solat berjemaah dengan keluarga di rumah. Jangan putus asa memohon ke hadrat ilahi dengan bersungguh-sungguh agar wabak Covid-19 ini hilangkan dari muka bumi ini dengan segera.

Insy-Allah, dengan izin Allah SWT, kita semua pasti akan dapat melepaskan kerinduan kita kepada rumah-rumah Allah tidak lama lagi. Diwaktu itu, pastikan kita jangan sesekali tinggalkan solat berjemaah dan amalan mengimarahkan rumah-rumah Allah.

#Kitabangkitbersama
#AkhiratdiDepan

* Penulis adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi BN

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Berita Berkaitan

Memperkasa Peranan NGO Dalam Menghadapi Wabak & Bencana

Oleh: YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin Sebelum menyertai dunia politik, saya telah berkecimpung di dalam pergerakan badan bukan kerajaan (NGO) secara aktif sama ada dari...

E-MEL PEMBACA: SIGNAL RAKYAT KEPADA ZAHID & UMNO

Kepada Pengarang, Minggu ini, rakyat sangat teruja dengan pertemuan DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin utama parti politik untuk mendengar pandangan mereka khususnya mengenai...

37 Tahun TV3 – Satu Kembara Penyiaran (1)

Oleh:  Mohd Fudzail Mohd Nor Pada 1 Jun 2021 TV3 sudah mencecah usia 37 tahun. Telah berusia dengan tahap pengalaman dan kepakaran yang berada ditingkat...