Malaysia Jamin 5G Tiada Kacau Ganggu Kuasa Asing – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memberi jaminan pelaksanaan 5G di negara ini tidak akan berdepan kacau ganggu dari pihak luar seperti yang dibimbangi.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan duta-duta yang bertugas di negara ini untuk memberikan penjelasan berhubung pendirian Malaysia tentang hak dan kuasa kerajaan dalam penentuan dasar.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua duta yang berminat dengan isu ini, saya telah meminta pejabat saya (mengatur pertemuan) memandangkan pihak kerajaan telah membuat satu keputusan.

“Penting ditegaskan bahawa sebagai sebuah negara berdaulat Malaysia dan Kerajaan Malaysia mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan dasar dalam negara kita sendiri tanpa kacau ganggu ataupun penglibatan mana-mana pihak yang lain.

“Tapi saya percaya sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan seperti yang kita lakukan pada hari ini bukan hanya mendatangkan manfaat kepada rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi tetapi juga dalam satu keadaan yang harmoni,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Menurut Fahmi lagi kebimbangan yang disuarakan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat itu mungkin berkait isu antarabangsa.

“Saya percaya setelah kita mengadakan perbincangan dan pertemuan bagi penjelasan kepada pihak-pihak terbabit mereka akan faham pendirian Kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Semalam Reuters melaporkan, EU dan Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada Malaysia mengenai risiko terhadap keselamatan negara dan pelaburan asing ketika ia memuktamadkan semakan pelancaran 5G yang boleh membolehkan Huawei Technologies Co Ltd China membida peranan dalam infrastruktur telekomunikasinya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi juga memaklumkan, kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu yang akan diwujudkan pada awal 2024.

Kata beliau, langkah itu diambil selepas melaksanakan penelitian menyeluruh mengenai impak kesan pelaksanaan 5G ketika ini.

Fahmi berkata, entiti baharu itu akan menjadi rangkaian kedua selepas pelaksanaan 5G ketika ini melalui Digital Nasional Bhd (DNB).

“Rangkaian 5G di Malaysia melalui DNB akan diteruskan sehingga mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk menjelang akhir 2023.

“Selepas mencapai 80 peratus liputan, model rangkaian 5G tunggal oleh DNB akan beralih kepada model dwi rangkaian pada Januari 2024,” katanya.

Fahmi berkata, keputusan rangkaian kedua 5G dan peralihan kepada model dwi rangkaian dibuat berdasarkan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan fan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat