Wee bidas video Rafizi, rakyat tak minta menteri berpantun, tapi minta menteri bersopan santun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Presiden MCA, Wee Ka Siong membidas video berkenaan Pangkalan Data Utama (Padu) yang dimuatnaik oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di laman Instagram miliknya semalam.

Menurutnya hantaran video tersebut mengelirukan dan hanya mengundang kemarahan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk menggunakan data sedia ada melalui 217 agensi dan di masukkan ke dalam sistem PADU.

“Saya rasa kalau itu adalah maklumat saya, kalau saya tak berhajat untuk mengisi dan ada pihak ketiga yang boleh gunakan kuasa tertentu untuk mengisi bagi pihak, bukankah ini mencabuli hak saya?

“Tarikh 31 Mac 2024 telah diisytiharkan sebagai tarikh tutup pendaftaran (PADU), tetapi saya masih lagi dengar pengumuman seperti nak dilanjutkan tarikh itu, dalam masa yang sama ada pula iklan ‘lantaklah kau aku dah penat’, dan kita rakyat keliru apa sebenarnya yang berlaku?

“Apa yang rakyat minta bukan menteri berpantun tetapi menteri bersopan santun, itu saja,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media di Wisma MCA hari ini.

Beliau menyifatkan, pendaftaran secara automatik bagi individu yang tidak mendaftar PADU juga dilihat sebagai menggugat privasi data.

“Macam mana data bank saya? Apakah risiko yang boleh difikirkan oleh seseorang? Kalau kita kata 2 juta kali cubaan tapi tak berjaya?

“Akhirnya tak payah isi pun dah ada data data yang dikehendaki, bermaksud apa guna sebelum itu meminta orang isi?

“Jangan lupa LGMS ceo nya telah memberi satu ulasan bahawa kaedah kita dianggap outdated” katanya

Wee turut berpendapat bahawa Rafizi seharusnya lebih terbuka dengan menerima pandangan dan kritikan orang lain.

“Saya rasa sebagai veteran dalam politik pernah jadi menteri, timbalan menteri, pernah jadi menteri ahli pembangkang saya dah rasa semua. Tapi saya rasa ada cara kita menjawab khususnya menteri.

“Sepatutnya kita dengar pandangan tidak jadi satu masalah. Kalau kita anggap pandangan itu bernas, kita terima baik dan yang tidak baik itu jadikan sebagai sempadan itu sahaja.

“Saya rasa dalam bulan yang mulia ni lebih elok kita jawab dengan baik apa yang penting masalah rakyat diselesaikan,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat