Bersatu akan ambil langkah susulan tentukan nasib pemimpin berpaling tadah -Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu menghargai kelulusan pindaan yang diberikan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan akan mengambil beberapa langkah susulan berikutan keputusan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pindaan Perlembagaan Bersatu itu membabitkan pelucutan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Katanya, langkah susulan itu bagi memastikan segala tindakan selepas ini akan mengikut perlembagaan dan undang-undang.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang memaklumkan, Bersatu sedang melunaskan proses pemerkasaan parti.

“Bersatu menzahirkan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan kerana meluluskan pindaan Perlembagaan Bersatu.

“Pada 2 Mac lalu, pindaan berkenaan telah diluluskan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti.

“Beberapa langkah susulan akan diambil bagi memastikan segala tindakan selepas ini mengikut perlembagaan dan undang-undang.

“Pada masa sama, proses pemerkasaan parti sedang dilunaskan. Insya-Allah, Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) akan kekal menjadi suara dan pilihan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat