Saksikan dokumentari liku perjalanan Hidup “This Is Johan” yang ditayangkan di VIU

- Advertisement -

Perjalanan jatuh dan naiknya kerjaya sebagai anak seni ini bukanya mudah, setiap rintangan itu akan menjadi tauladan yang akan membuatkan kita bangkit dan menjadi lebih hebat. Itu lah perjalanan penyanyi Rap terkenal negara yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow yang telah berjaya dalam menempah nama di dunia Hip Hop baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Too Phat Duo kumpulan anak muda yang pernah menjadi “FENOMENA” suatu ketika dahulu yang berada di kemuncaknya tetapi pada tahun 2017 Too Phat terpaksa bergerak solo setelah rakan Duonya, Malique telah keluar untuk bergerak bersendirian dan lebih selesa berada di belakang tabir.

Diatas pepecahan itu telah memberi kesan yang cukup besar dalam hidup dan kerjayanya, bagaimanapun Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak bangkit demi cintanya dia kepada dunia Hip Hop, Segala rintangan yang dihadapi buatkan dia lebih bersemangat untuk kembali dan menyemarakan lagi Hip Hop sehingga satu demi satu kejayaan yang dikecapi kini.

Setelah pelbagai liku-liku kehidupan yang dilalui kini Joe berbesar hati untuk merakamkan Kisah hidupnya di dalam Filem dokumentari autobiografik yang bertajuk “This Is Johan” yang akan membawa penonton melalui perjalanan hidupnya dari kecil hingga kini.

Dokumentari yang berdurasi 2 jam itu menyingkap pelbagai perspektif termasuk keluarga dan kenalan rapat alam persekolahan sebelum popular turut mempamerkan momen jatuh bangun Joe dalam industri yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada peminat serta mereka yang ingin mengikuti jejaknya.

Ditanya mahukah memanggil Malique untuk dokemnetari ini dia menjawab, sebagai rakan dia harus menghormati keputusan bekas duonya itu yang memilih untuk tidak tampil di depan khalayak.

“Tidak, sebab saya sudah tahu jawapannya.

“Saya hormat keputusan dia (Malique) yang tidak mahu lagi ‘limelight’, jadi saya kena hormati permintaannya itu. Menurut Johan, walaupun sudah lama tidak berhubung, dia mengaku persahabatannya dengan Malique tidak akan pernah putus.

“Sejujurnya selepas episod perpisahan saya tak rasa ia beri kesan pada persahabatan kami.

“Kami ini ibarat air dicincang takkan putus. Sekiranya dia berpeluang menonton dokumentari ini, harapnya dia terhibur,” katanya.

Sementara itu, pengarah dokumentari berkenaan, Barney Chua berkata, ‘This Is Johan’ merupakan pengalaman pertama bagi pihaknya selaku syarikat penerbitan menghasilkan filem dokumentari berbanding fokus utama mereka menghasilkan iklan pendek sejak 17 tahun aktif dalam bidang itu.

“Footage asal keseluruhan untuk hasilkan filem ini ada sekitar mencecah 400 jam dan memang susah bagi kita untuk jadikannya dua jam.

“… bahagian paling susah ialah selepas Joe tidak lagi bersama Too Phat (bahagian kedua) kerana Joe sangat berjuang melawan kesulitan serta ramai yang ditemu ramah juga tidak tahu apa yang Joe buat, namun akhirnya kita berjaya menyiapkannya,” katanya.

Dokumentari This Is Johan bahagian satu dan dua sudah ditayangkan dan boleh ditonton menerusi platform penstriman hiburan, Viu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat