Kepada ‘6 jahanam’, sila kosongkan kerusi jika anak jantan – Ketua Penerangan Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan parti Bersatu, Razali Idris menggesa 6 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada PRU-15 dengan segera jika anak jantan.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

“Alhamdulillah pindaan perlembagaan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Bersatu.

”Kepada 6 jahanam!!!

“Sila kosongkan kerusi segera kiranya kalian anak jantan!,” katanya menerusi Facebooknya.

Terdahulu, lapor Harian Metro, Perhimpunan Agung Khas Bersatu hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan daripada bahagian serta sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi, dan Srikandi Muda yang hadir.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika membentangkan usul berkenaan berkata, tiga pindaan dengan memasukkan tambahan fasal pada Fasal 10 itu membabitkan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Katanya, Fasal 10.4 memperuntukkan mana-mana ahli Bersatu yang juga wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang selari dengan Fasal 10.5 adalah disifatkan terhenti keahliannya daripada Bersatu secara serta-merta.

“Perkara 10.5 Majlis Pimpinan Tertinggi boleh mengeluarkan apa-apa arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri. Semua arahan yang dikeluarkan di bawah fasal ini hendaklah dibuat secara bertulis.

“Perkara 10.6 pula merujuk kepada Fasal 10.4, Setiausaha Agung atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah mengeluarkan satu notis kepada ahli berkenaan yang memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terhenti secara serta-merta dan bahawa nama beliau telah dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian parti,” katanya.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat