Perkhidmatan air dan pembetungan dikecuali daripada caj SST – PETRA

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Seramai 8 juta pengguna perkhidmatan bekalan air yang terdiri daripada 87% domestik dan 13% bukan domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuatkuasa mulai hari ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada Jumaat memaklumkan seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, juga tidak terkesan dalam kenaikan caj berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.

Kenyataan itu juga memaklumkan, orang ramai diingat dan dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat