Khidmat Ahmad Idham dan Eizlan Yusof Di Kementerian Luar Ditamatkan – Laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.

Sinar Daily melaporkan, perkara itu disahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang memberitahu kontrak kedua-dua mereka telah ditamatkan.

Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas mengenai punca penamatan kontrak kedua-dua mereka.

“Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Daily.

Kedua-dua pelakon tersebut dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 November tahun lalu dengan pelantikan itu diumumkan sendiri oleh Saifuddin.

Sebelum memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan, Ahmad Idham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pebadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Saifuddin dilapor berkata, Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Eizlan pula, katanya tidak asing dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,585FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat