500 Murid Kota Tinggi Terima Bantuan Pendidikan YBR

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM50 ribu kepada 500 murid sekolah rendah dan menengah pada 26 lokasi di Kota Tinggi sempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan pada bulan Mac akan datang.

Replika cek bantuan persekolahan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada wakil-wakil pemimpin tempatan di Program Prihatin Pendidikan Keluarga Malaysia Yayasan Bank Rakyat.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique,  Pengerusi YBR Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin , Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu mereka terutamanya yang berada dikalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.

“Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan diharapkan akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi akademik persekolahan 2022/2023.

“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM5.12 juta sejak dari tahun 2018. Bagi tahun 2022, sejumlah RM2.75 juta diperuntukkan dalam program bantuan persekolahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat