Covid-19: Kes Global Kembali Meningkat

MOSCOW: Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Lebih 2.6 juta kes baharu dilaporkan minggu lalu, meningkat tujuh peratus berbanding minggu sebelumnya, selepas menunjukkan penurunan enam minggu berturut-turut. Ia didorong peningkatan kes di Timur Tengah (14 peratus), Selatan- Asia Timur (sembilan peratus), Eropah (sembilan peratus) dan Amerika (enam peratus).

“Kemungkinan peningkatan termasuk penularan varian baharu yang lebih mudah tersebar dan dikenali sebagai VOC, langkah-langkah kesihatan awam dan sosial yang semakin longgar serta msyarakat mula jemu untuk mematuhi langkah-langkah tersebut,” kata WHO.

Sementara itu angka kematian mingguan terus menurun dengan lebih 63,000 kematian dilaporkan minggu lalu, turun enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

— BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Suntikan vaksin Pfizer mungkin perlu dos ketiga

WASHINGTON: Suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk melawan...

Pemilik Kapal Kontena MV Ever Given Diarah Bayar Ganti Rugi RM3.715 Bilion

KAHERAH - Mahkamah di Mesir memerintahkan kapal kontena Ever Given yang baru-baru ini menyekat Terusan Suez selama seminggu, untuk ditahan. Ia sehingga kapal itu membayar...

Covid-19: Varian Afrika Selatan ‘Menembusi Kekebalan’, Pfizer Tidak Mampu Melawan?

BAITULMUQADDIS: Varian koronavirus yang ditemukan di Afrika Selatan dilaporkan dapat ‘menembusi kekebalan’ vaksin Covid-19 dihasilkan Pfizer-BioNTech sehingga ke sesuatu tahap tertentu. Penemuan itu berdasarkan satu...