Projek Bandar Pintar Kota Kinabalu dijangka tingkatkan ketersambungan digital

KOTA KINABALU – Projek Bandar Pintar Kota Kinabalu dijangka akan meningkatkan ketersambungan digital, memperkukuh keselamatan awam serta meningkatkan keupayaan pihak berkuasa tempatan dalam menangani cabaran bandar antaranya pengurusan lalu lintas dan pemantaian persekitaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini berkata kemudahan digital yang lebih baik hasil dari projek berkenaan juga dijangka menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dan membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat.

Timbalan Menteri Komunikasi Yeo Nie Ching hari ini membuat tinjauan perkembangan awal proje berkenaan yang dilaksanakan untuk memperkukuh infrastruktur digital bandar raya ini serta menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan responsif terhadap keperluan penduduk.

“Dimulakan pada 6 Ogos 2026, projek ini dilaksanakan melalui kerjasama antara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Projek ini merangkumi pembangunan rangkaian gentian optik, tiang pintar, kemudahan Wi-Fi awam serta Pusat Kawalan Operasi Rangkaian (Network Operations Command Centre – NOCC) bagi memperkukuh infrastruktur komunikasi dan kesalinghubungan digital di Kota Kinabalu,” menurut kenyataan itu.

MCMC menyatakan skop pelaksanaan projek meliputi pembangunan 50 kilometer rangkaian teras, 308 kilometer rangkaian sambungan akhir serta pemasangan 822 unit tiang pintar dan tiang pelbagai guna sebagai komponen utama ekosistem bandar pintar Kota Kinabalu.

“NOCC yang sedang dibangunkan akan berfungsi sebagai pusat pemantauan dan
penyelarasan pelbagai sistem bandar bagi membantu pihak berkuasa tempatan
mengurus operasi serta perkhidmatan bandar dengan lebih cekap dan berkesan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut pihak MCMC akan terus bekerjasama dengan DBKK dan pihak pelaksana untuk memastikan pembangunan infrastruktur digital, NOCC dan sistem bandar pintar dilaksanakan mengikut perancangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat