KUALA LUMPUR – Hasil penjualan nombor plat khas siri H sempena Hari Malaysia baru-baru ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan one-off RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah seluruh negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan ini akan disalurkan pada minggu depan.
“Apabila tatakelola diperbetul, hasil pembaharuan dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.
“Umpamanya, hasil jualan nombor plat khas, telah dipulangkan
kepada rakyat.
“Mahasiswa mendapat bantuan 500 ringgit tiket penerbangan, anak muda miskin menjalani ujian lesen B2 secara percuma, dan topi keledar percuma diedarkan,” katanya.



