KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia membentangkan Belanjawan Madani 2027 berjumlah RM510 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, Belanjawan Madani kelima meneruskan dasar fiskal mengembang
dengan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah RM510 bilion berbanding RM470 bilion pada 2026.
“Pecahannya iaitu RM376.8 bilion belanja mengurus Persekutuan; RM 83 bilion belanja pembangunan Persekutuan; RM25 bilion pelaburan GLIC manakal RM 11 bilion bagi pelaburan awam-swasta.
“RM14.2 bilion ringgit pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD,” katanya.
Menurut Menteri Kewangan itu, tahun ini, hasil Persekutuan diunjur lebih tinggi RM363.6 bilion, ketimbang anggaran asal RM343.1 bilion.
“Bagi tahun hadapan, hasil dijangka terus meningkat kepada RM380.8 bilion,” kata Anwar.
Sementara itu, krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api hingga RM40 bilion.
“Defisit fiskal 2026 kini diunjur pada 3.6 peratus, ketimbang sasaran asal 3.5 peratus.
“Namun, kadar ini kekal dalam jalur menurun daripada 5.5 peratus (2022) dan 3.7 peratus tahun lalu.
“Insya-Allah, defisit 2027 akan turun lagi kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3 peratus menjelang 2028.
“Hasil penurunan defisit dan jumlah hutang baharu yang terkawal membolehkan tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK
turun secara konsisten iaitu 65.2 peratus (2025), 64.0 peratus (2026) dan dijangka 63.7 peratus (2027),” jelas Anwar.


