Mesyuarat PRU, majlis terima SD MP lompat boleh cuma Parlimen bahaya – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak “membahan” alasan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berkeras tidak mahu mengadakan sidang Parlimen meskipun telah mendapat titah dari Istana Negara.

Bekas Perdana Menteri itu menyindir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang memberitahu bahawa Jemaah Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak melaksanakan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.

Melampirkan surat Yang di-Pertuan Agong, Najib berkata, titah itu menyebut atas nasihat Perdana Menteri tetapi Takiyuddin memaklumkan atas nasihat Jemaah Menteri.

Pada sidang media hari ini, Takiyuddin memberitahu “Istana Negara menyatakan kalau hendak adakan persidangan Parlimen, maka perlu adanya keputusan daripada Jemaah Menteri, bukannya Perdana Menteri.

“Jadi di sini, Kabinet apabila membuat nasihat, kenapa kita menangguhkan bukannya menggantung persidangan Parlimen kerana banyak alasan.

“Ada alasan perundangan dan ada alasan dari segi sains dan data. Kita boleh tangguhkan dahulu persidangan Parlimen,” katanya.

Menurut Najib, setelah tempoh lebih seminggu, kerajaan PN akhirnya menjawab titah Yang di-Pertuan Agong yang sudah beri perkenan Parlimen boleh bersidang ketika darurat.

“Kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak melaksanakan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.

“Antara punca utama kenapa sidang parlimen tidak dapat dibenarkan sehingga 1 Ogos ialah sains dan data.

“Maka ramai yang kecewa pada sains dan data yang mengatakan bersidang dalam Dewan Rakyat adalah lebih berbahaya berbanding menonton wayang dalam pawagam, murid-murid hadir ke sekolah seluruh negara, bekunjung ke pasar malam, membuat meeting persediaan PRU di hotel atau membuat majlis untuk menerima SD ahli-ahli parlimen yang melompat,” bidas Najib sinis. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat