1,745 Jangkitan Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,745 jangkitan baharu COVID-19 dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Jumlah positif terbaharu itu sekali gus menjadikan angka keseluruhan jangkitan pandemik berkenaan dalam negara sudah mencecah 330,850 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia juga mencatatkan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 24,025.

Dalam kenyataan yang diedarkan pada Rabu, Dr Noor Hisham berkata, angka korban akibat COVID-19 juga mencatat pertambahan tujuh kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketika ini, jumlah mangsa yang meninggal dunia di Malaysia disebabkan COVID-19 ialah sebanyak 1,148 kes.

Sementara itu, Selangor, kata Dr Noor Hisham masih kekal negeri tertinggi kes harian dengan pertambahan sebanyak 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

Kata Dr Noor Hisham, sehingga kini juga, seramai 195 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 95 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala jumlah pesakit yang sembuh meningkat sebanyak 2,276 menjadikan keseluruhan kes sembuh ialah 280,707. – Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...