UMNO lega tidak diharamkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini.

“Syukur kepada Allah saya panjatkan. Mewakili seluruh kepimpinan dan ahli di seluruh negara kepada Allah jua kita berserah.

“UMNO menang kes semakan kehakiman, judicial review di Mahkamah Persekutuan, keputusan hari ini.

“Sebulat suara oleh 5 Hakim, dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed,” catat Ahmad.

“Kemenangan itu diperoleh berdasarkan fakta
16 orang yg membawa kes itu bukan lagi ahli UMNO mengikut Perlembagaan UMNO Fasal 20.7

“Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak bertentangan dengan artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. Bahawa apa jua keputusan parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah

“Isu semakan kehakiman juga telah menjadi akademik kerana UMNO telah melaksanakan proses pemilihan pada Jun 2018,” jelas Ahmad.

Kata beliau, jelas bahawa adalah menjadi satu polisi awam, bahawa mahkamah tidak akan mencampuri urusan parti politik

“Peguam yg mewakili UMNO ialah Datuk Hafarizam Harun.

“Manakala mewakili 16 bekas ahli UMNO ialah Hanif Khatri, mewakili ROS ialah Shamsul Bolhasnan.

“Presiden UMNO Datuk Dr Zahid Hamidi menyatakan rasa syukur atas keputusan ini. Alhamdulillah,” ucapnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat