Usaha membela Najib akan tetap diteruskan – MKT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) yang mengadakan Mesyuarat Khas hari ini telah menyatakan pendirian akan meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Menurut kenyataan media UMNO, usaha pembelaan itu akan mengikut laras undang-undang negara disamping berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan diteruskan.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dihadiri Naib-naib Presiden, dan ahli Majlis kerja tertinggi kecuali Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan yang kini berada di Belgium dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengerjakan Umrah.

“UMNO mengambil maklum tentang keputusan Lembaga Pengampunan berhubung permohonan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Kita menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’ in Billah.

“Sementara kita mendukung Perlembagaan Persekutuan, UMNO terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut.

“UMNO akan tetap meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara di samping berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan Dato’ Seri Najib diteruskan.

“UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Dato’ Seri Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.

“Sehubungan itu, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini,” kata kenyataan media tersebut.

Terdahulu semalam, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan pada 23 Ogos 2008 apabila hukuman penjaranya dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Denda juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Urusetia Lembaga Pengampunan dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya Najib tidak membayar denda tersebut, tempoh penjara beliau ditambah selama setahun dari tarikh pembebasannya itu.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat