Bimbang tindak balas akar umbi, UMNO tangguh Kongres Ekonomi Bumiputera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan sabtu ini.

Keputusan yang dibuat lewat malam ini dipercayai sebagai reaksi kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Petang tadi Lembaga Pengampunan mengumumkan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Ahad lalu yang hanya mengurangkan hukuman Mohd Najib kepada 6 tahun dan denda RM50 juta.

Mohd Najib sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RMRM210 juta

Kolokium yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara.

Menurut seorang penganalisis politik, penangguhan ini mungkin mengelakkan sesi kongres menjadi panas dengan isu Mohd Najib.

“Saya fikir pemimpin UMNO bimbang dengan reaksi ribuan pemimpin akar umbi UMNO. Selama ini mereka diberi keyakinan Mohd Najib akan mendapat pengampunan dari pembentukan kerajaan perpaduan.”

Serentak itu, Ahmad Zahid memberi tahu satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan jam 11.00 pagi esok untuk membincangkan perkembangan muktakhir politik semasa tanah air khususnya bersangkutan dengan pengumuman pengurangan tempoh hukuman Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak oleh Lembaga Pengampunan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat