Azalina, sekarang kamu sudah ada kuasa – sindir Isham Jalil

- Advertisement -

KUALA LUNPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil menyindir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang tidak menggunakan kuasanya seperti yang pernah beliau ucapkan semasa Perhimpunan Agung Khas UMNO 2022 ketika Mohd Najib dipenjarakan,

Soal Isham lagi, apakah Azalina ingin menyalahkan bekas Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dengan alasan ini semua kuasa dan budibicara Baginda.

“Anda ingat tak lebih kurang setahun lalu sebelum jadi Menteri Undang-undang Azalina kata apa masa perhimpunan khas UMNO apabila DS Najib dimasukkan ke penjara?

“Dia bagi ucapan berdegar-degar konon membela DS Najib. Azalina kata lebih kurang macam ni: bla bla bla… bila kita ada kuasa gunalah kuasa itu untuk bela pemimpin kita bla bla bla… kalau tidak kita ini bodoh bla.. bla.. bla…

“Saya rasa dia ingin balun dan tuju kepada PM ketika itu iaitu Ismail Sabri.

“Saya tidak simpan transkrip sebenar apa yang Azalina kata pada ketika itu dan saya ingat-ingat lupa apa yang dia kata sepatah-sepatah tapi bunyinya macam di atas itulah. Ada sesiapa simpan video itu?

“Atau Azalina sendiri boleh jawab sebab sekarang dia ada kuasa dan dah jadi Menteri Undang-undang,” kata Isham lagi menerusi Facebooknya pada Sabtu.

Menurut Isham lagi, tindakan Azalina dan menteri-menteri sekarang tidak ada kuasa langsung dalam membuat rekomendasi?

Tegasnya lagi, Azalina jangan jadi munafik dan langsung tidak mengambil tanggungjawab atau lepas tangan.

“Jangan salahkan Agong dan jangan salahkan orang lain. Kini kamu yang ada kuasa, jangan jadi munafik dan tak mahu ambil tanggungjawab dan lepas tangan.

“Anwar kata dia ada 150 sokongan ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan Perpaduan. Ini bermaksud jika UMNO tarik sokongan dan jadi pembangkang pun kerajaaan ini masih berdiri dan Anwar masih jadi PM.

“Oleh itu kalau kamu dan Zahid betul-betul berprinsip dan serius ingin bela DS Najib, cubalah tarik sokongan dari kerajaan dan UMNO keluar jadi pembangkang seperti cadangan asal saya dulu. Kita tidak perlu join mana-mana gabungan pun tak apa. Saya rasa akar umbi UMNO ramai yang tidak kisah jika UMNO jadi pembangkang pun.

“Buat apa jadi kerajaan jika kita perlu jadi penjilat. Kamu dan Zahid berani? Saya rasa kamu dan Zahid takut hilang jawatan (dan mungkin takut masuk penjara),” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat