Hukuman Isa ditangguh, tunggu rayuan didengar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan hukuman (stay of execution) penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dibenar untuk ditangguh sehingga rayuan didengar dan diputuskan kelak.

Perkara itu dibuat setelah mahkamah berpuas hati dengan hujah pemohon sekaligus membenarkan penangguhan bagi kedua-dua hukuman penjara dan denda itu sehingga selesai rayuan pemohon.

Memetik laporan Astro Awani, mahkamah turut membenarkan jaminan berjumlah RM1.5 juta oleh pemohon untuk dibayar sebelum 2 petang Khamis.

Mohd Isa juga dikehendaki melaporkan diri ke balai polis berhampiran rumah beliau pada setiap 1 hari bulan.

Mahkamah pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi, dan denda RM15.45 juta atas bekas Pengerusi Felda itu atas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.

Mohd Isa dituduh menerima wang secara berperingkat sebagai ganjaran membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Beliau dituduh menerima wang tersebut daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat