Muhyiddin melawat Indonesia, lawatan rasmi pertama sebagai PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sedang negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlepas ke Jakarta, Indonesia dalam satu lawatan rasmi.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memberitahu, lawatan rasmi pertama sejak menjawat jawatan Perdana Menteri itu pada Mac 2020 bermula 4 hingga 5 Februari 2021.

Menurut Wisma Putra, lawatan Muhyiddin ke republik itu sebagai memenuhi jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan pertemuan berkenaan akan menyentuh kesepakatan dua negara serumpun itu termasuk kerjasama ekonomi, isu keselamatan serantau dan dua hala serta usaha menangani secara bersama pandemik Covid-19.

Oleh hal demikian, pemimpin tertinggi kedua-dua negara bersetuju mengadakan pertemuan secara bersemuka.

Lawatan rasmi berkenaan juga diadakan secara singkat iaitu kurang daripada 24 jam malah program juga diringkaskan.

Selain itu, jumlah delegasi yang kecil serta penetapan prosedur standard operasi (SOP) pencegahan Covid-19 yang amat ketat.

“Perdana Menteri hanya diiringi seorang Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein .

“Delegasi Malaysia akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas dan sebaik tiba,” kata Wisma Putra.

Isu lain juga turut akan dibincangkan dalam pertemuan dua pemimpin negara berjiran berkenaan antaranya diskriminasi minyak sawit, masalah jerebu, pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan dan lain-lain hal berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat