Maritim Malaysia terima Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), malam tadi.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi, berkata penyerahan secara rasmi itu bagi membolehkan kapal berkenaan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat.

“Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman COVID-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport.

“OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang bekal.

“Reka bentuk kapal ini bakal menjadikan OPV1 berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force 7,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ruji hadir ke Majlis Penyerahan OPV1 kepada KDN di Limbungan Kapal THHE Fabricators Sdn Bhd di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin serta Pengerusi TH Heavy Engineering Berhad, Datuk Jauhari Hamidi.

Mengulas lanjut, Ruji berkata OPV1 juga mampu melaksanakan tugas-tugas seperti Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR), bertindak sebagai Kapal Logistik, Kapal Mothership, Kapal Pemerintah, serta menjadi tempat penyimpanan Oil Pollution Equipment.

Kapal berkenaan boleh mencapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan.

Ia turut dilengkapi peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua buah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Dan Fast Interceptor Craft.

“OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu-satu masa operasi.

“Berdasarkan kehebatan yang ada pada kapal berkenaan, ia diharapkan mampu membantu Maritim Malaysia memperkasakan lagi pengoperasian agensi ini dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat