Rombak total J-Kom, tukar pemimpin lebih cekap – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan didesak merombak secara menyeluruh dan menjenamakan semula Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Bukan cuma itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi juga menggesa J-Kom dipimpin oleh individu yang lebih kompeten.

Beliau yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata demikian mengulas naratif “Langkah Dubai” yang dimainkan J-Kom.

“Apa keperluan Timbalan Ketua Pengarah J-Kom mainkan isu “Langkah Dubai”? Kata Premier Sarawak, cerita Langkah Dubai adalah cerita “Paloi” (bodoh).

“Lebih sesuai J-Kom fokus naratif “kerajaan tebuk atap” musibah dan tidak akan tercapai. Ahmad Maslan kata “fatamorgana” (khayalan),” katanya.

Menurut Puad, imej J-Kom makin merudum setelah isu “A & W”.

“Analisis Ismail Yusop itu cetek. Ia mengakibatkan kerajaan pula jadi defensif kerana beberapa nama dalam kerajaan disebut.

“Maka amat wajar J-Kom dirombak secara menyeluruh, rebranding total dan dipimpin oleh mereka yang lebih kompeten,” syor beliau.

Sabtu lepas, media melaporkan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop bahawa wujudnya “Langkah Dubai” membabitkan pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan blok kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Beliau mendakwa, pertemuan untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim itu turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun menggunakan dana asing.

Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada “ejen” untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat