Pihak Tidak Bertanggungjawab Sebar Akujanji Palsu Untuk Burukkan BN – Shamsul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan salinan akujanji yang tertera nama beliau dan sedang tersebar di media sosial ketika ini adalah palsu dan mempunyai motif memburukkan BN.

Antara isi kandungan akujanji palsu tersebut termasuklah kenyataan untuk mencalonkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.

“Disahkan bahawa AKUJANJI yang disebarkan dan sedang viral ini adalah PALSU & TIDAK BENAR. Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan.

“Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO Barisan Nasional diketika musim PRU 15 ini,” kata Shamsul, dipetik dari kenyataan di Facebook hari ini.

Serentak dengan itu beliau memohon rakyat Malaysia yang mendapat Akujanji Palsu ini tidak terpengaruh dengannya.

“Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat