BN Tampil 85 Peratus Calon Muka Baru, Pulihkan Kesuraman Politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menampilkan wajah-wajah segar dan berpengalaman, untuk menggalas amanah sebagai calon BN di peringkat Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, beliau sedar, kepentingan politik dalaman BN menjadi perkiraan dalam soal penentuan calon, namun tuntutan memulihkan kesuraman negara dan mengangkatkan kembali agenda mensejahteraan rakyat adalah lebih tinggi daripada kepentingan politik individu dan kepartian.

“BN akan menampilkan lebih 85 peratus calon-calon yang mempunyai kelayakan akademik, di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran.

“Calon-calon yang diketengahkan adalah gandingan muka baru dan lama, Mereka mempunyai kekuatan rekod berbakti kepada rakyat dan kesegaran idea, serta sudut pandang yang bugar demi kestabilan dan kemakmuran negara.

“Dengan demografi pengundi yang semakin remaja, iaitu 51.4 peratus daripada kira-kira 21 juta pengundi, berumur antara 18 hingga 40 tahun, adalah menjadi tanggungjawab Barisan Nasional, meletakkan gandingan yang membimbing dan dibimbing,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon BN di WTC, Kuala Lumpur, malam ini.

Menurut Zahid, keseimbangan ini penting kerana BN, bukanlah parti yang kelangsungan hayatnya, bergantung kepada pendekatan populis.

Sebaliknya kata beliau, BN sentiasa meletakkan dasar-dasar bertanggungjawab, realistik dan mampu menjadi penawar kepada pelbagai permasalahan, yang menyentuh soal fundamental negara dan kesejahteraan rakyat.

“Memasuki PRU-15, menuntut BN melakukan perubahan besar melangkaui kepentingan politik kepartian.

“Rakyat sudah semakin jelak dan ‘letih’ dengan percaturan politik. Maka dengan sebab itu, kesemua calon yang diketengahkan kali ini, adalah barisan yang telah memberikan akujanji dan sumpah, untuk bekerja sepenuh hati kepada rakyat.

“Menjaga amanah rakyat dan memastikan diri bebas daripada sebarang bentuk penyimpangan, salah guna kuasa dan rasuah demi kestabilan negara.
Kestabilan ini sudah tentu akan menatijahkan pembentukan sebuah kerajaan yang kukuh, dan meletakkan keutamaan, bagi mengembalikan kemakmuran ekonomi negara dan berupaya menangani isu-isu ‘poket’ dan ‘perut’ rakyat,” jelas Zahid.

Ujar beliau, calon-calon BN yang kita tampilkan pada pilihan raya kali ini, mempunyai tanggungjawab dan beban amanah yang amat besar.

“Saya ingin menggariskan keutamaan, yang menanti bakal-bakal wakil rakyat Barisan Nasional selepas PRU-15 ini nanti. Prinsip keutamaan ini adalah Taat iaitu tetap, khidmat dan muafakat.

“Pertama, tetap memegang amanah rakyat dan tidak mengkhianati mandat;
kedua, khidmat demi rakyat dengan waktu bekerja mengikut pusingan jam; dan ketiga muafakat berterusan dengan segmen masyarakat, bagi mendapatkan saranan dan kaedah-kaedah pelaksanaan usaha mensejahterakan kehidupan rakyat agar sentiasa sesuai, segar dan segera,” katanya.

Presiden Umno itu menambah, dengan tiga keutamaan ini, menjadi wakil rakyat ia bukanlah jawatan untuk mendapatkan keistimewaan.

“Wakil rakyat bukan tiket untuk mendapat layanan sebaliknya mesti mampu menjadi pelayan.

“Wakil rakyat bukan untuk kemegahan dan kemewahan, sebaliknya untuk mensejahterakan kehidupan seluruh watan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat